Pages

Pocoyos

Pocoyis

Sunday, June 5, 2011

[Contest] – Pada Zaman Dahulu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

aku ada join contest yang dianjurkan oleh wacava.net. Senang je contest dia. Jom la join!..


Syarat-syarat penyertaan :

1. Mempunyai blog atau akaun facebook atau kedua-duanya sekali

2. Mempunyai gambar ketika anda masih kecil (dan comei! auwww <3)

3(i) . Jika anda seorang blogger, anda hendaklah menulis entri dengan tajuk “(Contest) – Pada Zaman Dahulu [wacava.net]. Kemudian, letakkan satu (atau dua) gambar anda dalam entri tersebut. Pastikan tiada watermark,cop,link,url, atau lain-lain lagi yang tercoret pada gambar tersebut (kecuali tarikh pada gambar). Kemudian, copy dan paste syarat-syarat contest ini pada entri anda tersebut. Bonus akan diberikan kepada anda jika anda menceritakan (atau describe) mengenai gambar tersebut. Markah bonus juga akan diberikan kepada anda jika anda tagging 3 rakan blogger anda (dan mereka menyertai contest ini!). Share link entri anda di wall facebook anda.

3(ii). Jika anda bukan seorang blogger dan hanya mempunyai akaun facebook, hanya anda perlu post gambar anda pada page wacava.net <— click sini!. Pastikan tiada watermark,cop,link,url, atau lain-lain lagi yang tercoret pada gambar tersebut (kecuali tarikh pada gambar). Copy dan paste syarat-syarat contest ini pada caption gambar tersebut. Share gambar tersebut di wall facebook anda.

5. Tiada banner diperlukan untuk contest ini (blogger only!). Tapi kalau ada blogger yang design banner untuk contest ini, markah bonus juga akan diberikan! Oowwyeahh!

6. Post entri korang kat ruangan komen entri ni.!(http://wacava.net/2011/06/contest-pada-zaman-dahulu/)


aku tag 3 orang!

mamat
khalid
awesome

p.s : ini entri cntoh sahaja!

Tuesday, May 3, 2011

Oh! Media Hacked!!





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pagi kemarin facebook digemparkan laman facebook Oh! Media dihack oleh hacker yang menggelarkan dirinya sebagai CYBERBLACKOPS.

Keadaan gempar kemarin berlaku pada kira-kira jam 6.30-7.00 reda pada tepat jam 7.20 pagi.

Agak lewat aku tulis entri ni berbanding dengan bloggers lain yang terkejar-kejar akan traffics blog mereka. Ini kerana pada kejadian kemarin aku turut kelam kabut tak tentu hala. hahaa. saje nak cari berita yang benar. Tak kan orang berada dalam kesusahan, aku ambil kesempatan utk cari lalu lintas blog dengan tulis kejadian kemarin tanpa usul periksa.

Apapun, founder Oh! Media Network menafikan bahawa page dan laman block mereka digondam dengan alasan untuk menguji fans mereka. Namun, wujud beberapa persoalan seperti

1. Gambar Khai Hassan tersebar
2. Kakak Khai Hassan, Sisi Azie kelam kabut

Apa-apa yang berlaku kita tak boleh buat andaian yang lebih. Ini kerana hanya pihak mereka sahaja yang mengetahui. Kalau sudah dari suara founder Oh! Media mengatakan ianya cuma gimmick atau prank terhadap fans mereka, terima ajalah gurauan mereka. Walaupun agak memeritkan.

Wallahuallam

p.s : Lukisan diatas memang buruk. Tidak dinafikan. hahahahaha!!

Monday, May 2, 2011

Pengalaman Jadi Bidan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ape? ingat aku main-main ke bagi salam? jawab la...
...
....
... aku tunggu ko jawab ni...
da jawab? cun! jom sambung bace...

Ahad lepas 1 Mei kalau tak silap. Ha'ah, ye la 1 mei. Hari burung Buruh. Masa tu adik aku bersiap-siap packing nak balik Maktab Rempit Satu Malaysia (MRSM) Kuala Berang. Hah! bersiap la sangat, tengah layah flash games kat F.O.G. Cerita dia camni...

ding ding ding ding (kotak flash back terbuka)

masa tu aku baru lepas online. nak bagi peluang adik aku plak gune laptop yg satu ni. aku pun nak rest kejap. dalam kol 10 pagi camtu.. nak tidoq. pastu tetiba aku kena ganggu oleh kucing aku yang sarat mengandung. asyik2 loncat atas badan aku je. aku letak bawah, dia naik balik.. pastu aku suruh adik aku amek letak kat luar. dia masuk balik. aku pun tensen. aku letak dia atas selimut aku yg berada di atas katil aku, aku tengok adik aku layan flash game. tengok tengok tengok.. pastu perasan yang kucing tu senyap je. aku intai la. aku pun bergegas ke lokasi kejadian (ecehhh).. tengok ada something yang berair yang berlendir keluar dari *tut* kucing aku. sah! confirm! itu air ketuban dah keluar.. apa lagi, aku hangkut la kucing tu letak lam bakul yang kami dah ready sebelum ni. letak lam bakul pastu urut2 perut dia.. layan sempoi je minah ni.. hahaa.. pastu adik aku jerit

"woooooooooooooooooooooooooo (cam tarzan)"

eh ehh!.. bkn2.. adik aku jerit camni

"weii!! pipi!! keluar kaki!!!!!"

ehem.. pipi tu nama panggilan comel aku kat rumah.. err.. kembali pada topik...

aku pun ape lagi... kasik gosok dia punya perut bagi lega sket dia nak terann.. kucing kan law gosok perut mmg nampak dia gian sakan.. hik3... push!! kuar la baby comei~! dipendekan cite, sejam kemudian kuar anak yg ke 2 pastu anak ke 3 menyusuli selepas 15 minit dan 30 minit pas tu kuar anak yg ke-4.... :)

inilah pengalaman pertama aku jadi bidan kucing tidak bertauliah. jarang sekali nak tengok kucing beranak secara live sebab kucing biasanya law nak beranak mmg dia akan cari tempat yg agak privacy dan tersembunyi.. mmg xterberanak lah kalau ade orang skodeng.

Hahahaa.. bidan kucing pun awesome ape?.. lulz.. bkn senang tahu? mak aku dan nenek aku cuba menjauhkan diri daripada 'wad ibu mengandung' tu. hik3.

Saturday, April 30, 2011

Jangan caci, bersyukur je :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

(Amaran : Jika anda ingin mencari input dalam entri serba kekurangan ini. Sila letak ketepi perasaan megah, riak dan takbur anda terhadap result SPM anda yang anda rasa sudah hebat)


Well, agak lewat sikit aku buat entri berkaitan dengan result SPM. Orang lain dah lame dah tulis entri diorang sal result. ye la, diorang punye result gempak2. paling tidak straight a's.

Aku bukan nak terangkan pasal result aku yang tak berapa ok sangat. Tapi Alhamdulillah, sekadar cukup makan untuk teruskan hidup kot?. :)

Sebelum aku melalut panjang, aku ingin nak bagitahu anda tentang satu perkara ni. Lebih-lebih lagi kepada bekas calon spm 2010 baru-baru ni. Ianya berkaitan dengan. Kehidupan. (senyum)

Masa zaman sekolah menengah dulu. Cikgu selalu push kita untuk berusaha, demi SPM. Kata-kata yang selalu bermain pada gegendang telinga iaitu "SPM kunci kejayaan.". Bagi aku, ianya momokan semata-mata. Aku bukan nak kutuk mana-mana pihak atau merendah mana-mana pihak. Kadang-kadang, ada sesetengah sekolah (mungkin majority) memaksa anak didik mereka supaya bersungguh-sungguh demi nama baik sekolah dan guru-guru sahaja. Tak percaya? cuba tengok ibu bapa dan segelintir pelajar sekarang. Selalu ibu bapa diorang cakap "ambil course yang senang dpt kerja. contoh cikgu. habis study terus jd cikgu. gaji pun superb". Jika anda jadi cikgu atau belajar pendidikan semata-mata untuk duit dan pekerjaan. Jangan hairan anak didik generasi anda zaman tu rosak akhlak. Pasai Pa!!. Pasai niat pengajar tu sudah terpesong. Anda sanggup ke jadi bahan atau alat untuk orang lain dapat nama? tidak mungkin!. Ini tidak bermaksud aku tak sokong korang study penat-penat. Well, kalau anda dapat straight a's. Anda orang yang paling beruntung. Nama dan sekolah tu tumpang glamm je.

Berbalik pada topik, err? ape topik?. Oh.. aku tak bgthu ye? mengenai result yang agak kurang memuaskan. Tak perlu tensen, tak perlu stress dan tak perlu depressed. Sesungguhnya Allah sudah aturkan jalan yang terbaik untuk hambaNya. Fakta mengatakan bahawa tidak semua jutawan didunia ini mendapat straight a's ketika peperiksaan taraf SPM (atau O-Level). Jadi, sesiapa sahaja dapat jadi jutawan. Jangan fikir orang-orang yang dpat straight a's tu cerdik. Kadang-kadang mentaliti diorang masih rendah. Tak percaya?. Tengok cerdik pandai kita di Uni. Berapa ramai rosak akhlak mereka. Tengok cerdik pandai yang dapat tawaran belajar di luar negara. Berapa ramai terpesong dari landasan yang benar. Balik-balik, orang kampung juga yang lebih cerdik.

Balik pada topik lagi (walaupun aku masih tak tahu ape yg aku nak cerita). Baru-baru ni aku ada pergi sekolah. Pegi teman member aku ambil result. Masa ambil result ramai2 dia tak hadir. Ke kolumpor katenye. Jadi agak terkejut gorila la member aku tu sebab dapat result yg boleh tahan... Lebih baik dari aku. Jadi ada la cikgu yang bertanya "hah!.. ni dpt berapa?" "4A cikgu" jawab member aku.. Amirul, awk dpt berapa? "err... *A je cikgu.." balas selamba aku.. cikgu tu pun dengan reaksi selambe dan lontarkan "hek elleh?.. *A je?... hah.. tu la.. mase SPM dlu.. tak mo belajar sungguh2... bla bla bla bla"....

Agak tidak relevan seorang cikgu melontarkan ayat sedimikian. Serius aku tak kisah. Cuma nampak sangat tidak bersyukur dengan pemberian Allah. Kalau ditakdirkan aku langsung xdpt A, lagi nazak. Hah! confirm tak keluar rumah aku. :p

Banyak aku perasan kat news feed facebook aku yang agak tertekan dengan keputusan. dan di page SPM 2010 kat facebook pun ramai yang kecewa. Lebih-lebih lagi baru-baru ni keputusan kemasukan matrik sesi 2011 sudah diumumkan. Agak ramai yang tak dapat dan lontarkan perasaan mereka kat page tersebut. *belum masuk yang merepek kat wall diorang lagi tu*.

Topik asal kite tadi ape ye?.. oh.. result tak cantik. haa.. maceh.. :p abaikan aje momokan guru-guru masa zaman sekolah tu. Momokan tu berguna pakai masa zaman tu je. Sekarang benda semua dah jadi. Korang mengamuk ke. terjun KB Mall ke. Lari sambil jerit nama Justin Bieber ke. Keputusan tetap tak akan berubah. Walaupun korang edit kat photoshop. Terima lah ketentuan Ilahi. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Lepas ni, sama ada anda nak sambung study ke tingkatan 6 ke. ke IPTS ke. IPTA ke. Pergi je. Ikut kata hati selepas berunding dengan Iman dan Akal serta Nafsu. Abaikan si fulan yang kate "ko nak pakai baju sekolah lagi? sanggup? ikut jadual waktu? homework? form 6 susah beb".. sebab yang nak study, anda.. bukan orang lain. Kalau betul form 6 amat siksa dan kejam. Kementerian Pendidikan Malaysia sudah lama tukar silibus dan pape yang patut ditukar. Tapi!, tidak dapat dinafikan. STPM merupakan peperiksaan paling sukar di asia. Jadi, dengan pengalaman SPM anda yang lepas. Kalau korang betul-betul manfaatkan pengalaman belajar masa SPM dulu. 3A,4A tu mmg kacang la.. 5A tu kne usaha sikit je.. Tak percaya? cube try apply tengok. :)

Entri ni agak kosong bagi jiwa yang tidak mahu usaha, pandang pada kejayaan yang mempunyai jalan pintas, nak semua bagus, degil dan lain-lain yang sama maksud dengannya. Jika ada kecacatan, cela atau kekurangan pada entri ni. Harap mohon maaf dan sorry. Bak kata Amir, "Im Sorry~"

Wallahuallam.

Tuesday, April 19, 2011

darah, bangkai dan mayat

assalamualaikum dan waalaikumsalam... hik3... selamat sejahtera~

semalam aku ada explore wall album member aku untuk update kat page wacava.net. Biasa la usha-usha gambar menarik untuk tatapan fans page tu. Tapi aku teramatlah sakit hati time explore tu wajib keluar gambar yang aku xmo nengok!!.. DEMM!!

ada yang keluar gambar manusia kene lenyek ngan lori la ... kne tembak la.. kne semelih.. bunuh pastu rogol.. erghhh.... memang mengerikan (sore tok dalang).. law gambar hantu boleh tahan lagi sebab kebanyakkan gambar hantu nih supersweet.. kih3...

aku bukan jenis yang takut darah or bangkai2 semua tu... mata aku ni aneh sket.. kalau time mengantuk, memang tak dapat terima tengok gambar-gambar camneh.. layan lagu pun tak sesuai .... jadi kalau ada yang offer aku utk layan lagu time aku ngantuk, memang nak kne smackdown la....

bukan itu sebenarnya aku nak bgthu... mengenai gambar semua nih.. tak salah kalau nak upload kat facebook or kat mana-mana sekali pun.... kalau tak tahan sangat nak upload sangat tu, tolong la mosaic atau blurr kan wajah mangsa. idok mahu la mengaibkan mangsa macam tu. kebanyakkan gambar ngeri ni mmg sinonim ngan eksiden... jadi, kita ni sebagai seorang Islam.... tak patut tayang gambar2 camneh.. bukan ape, kita pun tahu yang Allah akan menjatuhkan hukuman/bala kepada hambaNya yang melakukan perkara mungkar berdasarkan kebaikan yang diorang buat. Contoh, kalau diorang mmg totally lupa ngan Allah, maka musibah yang berlaku pada mangsa akan teruk. Jadi bila tengok gambar mangsa dengan keadaan yang teruk camni.... pale otak terus terfikir

"ni mase ngah hidup confirm tak ingat tuhan.."
"ni kaki zina ni"
"aishh... teruk sgt buat maksiat. hamekk la kau"
"tengok tu mate kene tikam, mesti selalu skodeng"

kesian kat arwah... tak pasal-pasal kne tuduh dek manusia yang tengah hidup... pasti family diorang pulak dpt malu.. mindset orang lain kte xleh fikir an?.. lgpun pe yg aku cite ni pengalaman aku sendiri.. pengalaman bersama orang-orang lain yang berpandangan kiri kepada mangsa....

dulu kan ade gempar sal beberapa mahasiswa meninggal sebab eksiden.. jadi aku and the geng tengok la pic tu ramaie2 ... pastu mula lah ade yg mengeluarkan suara kate

"hah! tu la. pergi lagi diskotik tuh... dah thu tempat haram bla bla bla"

emm.. boleh meh?... orait jom renung-renungkan quote ni :

Menyebarkan BERITA AIB saudaranya yang BENAR adalah GHIBAH = MEMAKAN BANGKAI saudaranya. Menyebarkan BERITA AIB saudaranya yang TIDAK BENAR adalah FITNAH = lebih KEJAM dari PEMBUNUHAN. Keduanya adalah BURUK dihadapan Allah. Maka BENAR atau TIDAK BERITA AIB saudara kita. Lebih baik DITUTUP agar Allah menutup AIB-AIB kita.

p.s : alang-alang dah 'terbaca' entri ni, tinggalkanlah komen dan pendapat anda... dan kalau tak puas hati, sila beri komen yang membina.... hohoiiii!!

Sunday, April 17, 2011

Entri Sampah

Assalamualaikum dan Waalaikumsalam. eh? Dan Selamat Sejahtera ^^

Entri ni memang sampah. Jangan baca. Kalau tidak korang akan membazirkan beberapa minit kehidupan anda untuk membaca entri sampah ini. Kemudian merungut kat aku mintak bagi balik masa yang korang habiskan untuk membaca entri ni. Lepas ni jangan cakap yang aku tak nasihat korang untuk jangan baca entri ni.


Pertama sekali, aku blogger baru. Jadi tolong layan aku macam baby baru lahir. Means, jika ada sebarang kesilapan aku dalam dunia blogging, sila tegur dan beri komen yang membina agar aku dapat baiki kesilapan aku dengan tenang dan selamba kodok. Sebenarnya aku tidak berminat langsung untuk berblogging especially bab nak cerita kehidupan peribadi aku yang hampir sama dengan president united state barrack obama ni. Tapi oleh kerana dek terlalu minat aku untuk berblogging dan bercerita mengenai kehidupan peribadi aku yang hampir sama dengan aaa.... Leonardo Dicaprio ni lah yang buat aku bersemangat teguh dan membara untuk berblogging. (ngong tol aku nih. kjap ckp minat kejap cakap tak minat).

Kedua sekali, Jika korang jumpa ayat atau perkataan yang agak nerd atau istilah rasmi dalam kamuih dewan dan pustakaq ialah bahasa batu baku. Aku pun tak tahu apa itu bahasa baku tapi aku rasa bunyi cam batu kot. hak!. Mungkin aku menulis atau mengeja setiap perkataan yang aku tulis dalam ejaan yang penuh atau dengan kata lain mungkin tiada shortform (law ad mgkn pktn yg aq ltk lm krgn) hamekk.. ringkas terus.. hahaa.. kalau korang rasa meluat atau pape perasaan yang negative, korang boleh komen kat entri yang korang tak puas hati tu dengan perkataan yang teramat comel contoh

"Hey! blog awak sungguh awesome. jom kahwen dengan saya. Nak?"

ok serius, kalau sape ajak aku kawen (perempuan ok? aku normal lagi) sediakan mas (bukan Mas Ahmad Safwan ok?) kahwin rm10k and above... kenapa 10k and above? aku ada kelebihan tersendiri ok?. aku boleh makan nasi goreng kampung dan nasi goreng ikan masin tiap-tiap hari. jadi sape-sape yang tak reti masak masakan yang awesome, boleh la mintak borang ngan mak aku. orait?.

Ketiga sekali, aku dah ketandusan idea nak tulis apa pada entri sampah ni. aku dah bagithu jangan baca entri ni tapi korang baca jugak ape the kes..

Last berkali-kali, aku tak reti nak taip entri panjang-panjang, jadi kalau korang jenis minat hafal novel pastu nak komlain yang entri aku ni pendek semacam ni, boleh follow aku. hahhaha!.. papetah..

Last Kedua berkali kali, jangan lupa follow dan like. ^^

p.s : aku da habak mai dah.. jangan baca hang pa pi baca jugak... haishh..

Sunday, April 10, 2011

Twitter VS Facebook

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru-baru ni aku perasan kat news feed facebook aku tentang beberapa orang sudah berimigrasi dari facebook ke twitter. Ada juga blogger yang bertindak melakukan perkara sedemikian. Kononnya twitter lebih awesome dan kewll dari facebook. Sebelum tu, tengok dulu pic ni.


Nampak?. Sebelum korang bertindak pindah ke Twitter, korang tahu tak ape fungsi sebenar bagi twitter?. Twitter bukan sosial network seperti facebook dimana korang boleh nikmati semua features kat fb di twitter. Tidak sama sekali!. Twitter ini merupakan micro-blogging. Micro-blogging. Micro... bukan Blogging dan bukan social networking. Twitter ini merupakan alat sampingan kepada facebookers, bloggers, public figure, artist, selebriti, ustaz ustazah, dan lain-lain untuk berinteraksi bersama followers diorang.

Bagi bloggers, twitter merupakan salah satu alat terpenting bagi mereka untuk menyebarkan setiap entri perkongsian mereka. Apatah lagi artis atau selebriti kita. Jalan pakai kasut tumit tinggi pun tweet, ultraman berenang kat ombak tsunami pun tweet, dan lain-lain lagi.

Twitter ni ibarat sambal dalam hidangan nasi lemak. Dimana korang akan nampak buang tebiat kalau makan sambal sahaja tanpa makan nasik. Tapi agak normal law makan nasik saja walaupun ade yang beranggapan pelik (ape punye perumpamaan la aku ni).

Jadi tak relevan lah post entri baru  semata-mata nak umum anda sudah bertukar ke twitter atau post kat wall facebook korang umum kat public yang korang "owhhh.. aku da pindah ke twitter.. bye bye facebook~~" .. wacava!!... "sungguh tak comel" - anwarhadi. Oh btw, kalau rasa gambar diatas tak logik, mmg tak logik. aku main hentam je. Sekadar gambar hiasan. Tapi aku rasa ade betul juga pada perbezaan tersebut. Korang tak boleh layan kat twitter. korang terpaksa install client twitter... sedangkan, facebook, AIO (all-in-one)..

Wallahuallam~ ^^,

Oyeayy!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, niat aku untuk membina blog kat blogspot berjaya juga (poyo gila ayat, padahal sebelum ke wordpress pakai blogspot juga). Actually aku ada juga blog pakai wordpress (http://www.wacava.net) tapi sengaja nak buat blog kat blogspot ni untuk penulisan yang berunsur sampah a.k.a picisan. Haaa.. Itu teori Mas Ahmad Safwan, kalau tak puas hati, pegi serang dia. Wakakakkaakak!!

Secara rasminya blog aku ni yang bertapak di blogspot sudah ditiupkan roh. Insya Allah akan berkekalan. Fuuuhhhhh... haaa!! hiduplah kamu!! weee weee.. Entri pertama ni memang tiada apa-apa kandungan yang berilmiah jadi korang just abaikan perkataan-perkataan yang merapu ni dan boleh buat kerja masing2. Apa tunggu lagi? follow lah!.. wahahhaa.. Selamat berblogging~ :)