Pages

Pocoyos

Pocoyis

Sunday, April 17, 2011

Entri Sampah

Assalamualaikum dan Waalaikumsalam. eh? Dan Selamat Sejahtera ^^

Entri ni memang sampah. Jangan baca. Kalau tidak korang akan membazirkan beberapa minit kehidupan anda untuk membaca entri sampah ini. Kemudian merungut kat aku mintak bagi balik masa yang korang habiskan untuk membaca entri ni. Lepas ni jangan cakap yang aku tak nasihat korang untuk jangan baca entri ni.


Pertama sekali, aku blogger baru. Jadi tolong layan aku macam baby baru lahir. Means, jika ada sebarang kesilapan aku dalam dunia blogging, sila tegur dan beri komen yang membina agar aku dapat baiki kesilapan aku dengan tenang dan selamba kodok. Sebenarnya aku tidak berminat langsung untuk berblogging especially bab nak cerita kehidupan peribadi aku yang hampir sama dengan president united state barrack obama ni. Tapi oleh kerana dek terlalu minat aku untuk berblogging dan bercerita mengenai kehidupan peribadi aku yang hampir sama dengan aaa.... Leonardo Dicaprio ni lah yang buat aku bersemangat teguh dan membara untuk berblogging. (ngong tol aku nih. kjap ckp minat kejap cakap tak minat).

Kedua sekali, Jika korang jumpa ayat atau perkataan yang agak nerd atau istilah rasmi dalam kamuih dewan dan pustakaq ialah bahasa batu baku. Aku pun tak tahu apa itu bahasa baku tapi aku rasa bunyi cam batu kot. hak!. Mungkin aku menulis atau mengeja setiap perkataan yang aku tulis dalam ejaan yang penuh atau dengan kata lain mungkin tiada shortform (law ad mgkn pktn yg aq ltk lm krgn) hamekk.. ringkas terus.. hahaa.. kalau korang rasa meluat atau pape perasaan yang negative, korang boleh komen kat entri yang korang tak puas hati tu dengan perkataan yang teramat comel contoh

"Hey! blog awak sungguh awesome. jom kahwen dengan saya. Nak?"

ok serius, kalau sape ajak aku kawen (perempuan ok? aku normal lagi) sediakan mas (bukan Mas Ahmad Safwan ok?) kahwin rm10k and above... kenapa 10k and above? aku ada kelebihan tersendiri ok?. aku boleh makan nasi goreng kampung dan nasi goreng ikan masin tiap-tiap hari. jadi sape-sape yang tak reti masak masakan yang awesome, boleh la mintak borang ngan mak aku. orait?.

Ketiga sekali, aku dah ketandusan idea nak tulis apa pada entri sampah ni. aku dah bagithu jangan baca entri ni tapi korang baca jugak ape the kes..

Last berkali-kali, aku tak reti nak taip entri panjang-panjang, jadi kalau korang jenis minat hafal novel pastu nak komlain yang entri aku ni pendek semacam ni, boleh follow aku. hahhaha!.. papetah..

Last Kedua berkali kali, jangan lupa follow dan like. ^^

p.s : aku da habak mai dah.. jangan baca hang pa pi baca jugak... haishh..

No comments:

Post a Comment