Pages

Pocoyos

Pocoyis

Saturday, April 30, 2011

Jangan caci, bersyukur je :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

(Amaran : Jika anda ingin mencari input dalam entri serba kekurangan ini. Sila letak ketepi perasaan megah, riak dan takbur anda terhadap result SPM anda yang anda rasa sudah hebat)


Well, agak lewat sikit aku buat entri berkaitan dengan result SPM. Orang lain dah lame dah tulis entri diorang sal result. ye la, diorang punye result gempak2. paling tidak straight a's.

Aku bukan nak terangkan pasal result aku yang tak berapa ok sangat. Tapi Alhamdulillah, sekadar cukup makan untuk teruskan hidup kot?. :)

Sebelum aku melalut panjang, aku ingin nak bagitahu anda tentang satu perkara ni. Lebih-lebih lagi kepada bekas calon spm 2010 baru-baru ni. Ianya berkaitan dengan. Kehidupan. (senyum)

Masa zaman sekolah menengah dulu. Cikgu selalu push kita untuk berusaha, demi SPM. Kata-kata yang selalu bermain pada gegendang telinga iaitu "SPM kunci kejayaan.". Bagi aku, ianya momokan semata-mata. Aku bukan nak kutuk mana-mana pihak atau merendah mana-mana pihak. Kadang-kadang, ada sesetengah sekolah (mungkin majority) memaksa anak didik mereka supaya bersungguh-sungguh demi nama baik sekolah dan guru-guru sahaja. Tak percaya? cuba tengok ibu bapa dan segelintir pelajar sekarang. Selalu ibu bapa diorang cakap "ambil course yang senang dpt kerja. contoh cikgu. habis study terus jd cikgu. gaji pun superb". Jika anda jadi cikgu atau belajar pendidikan semata-mata untuk duit dan pekerjaan. Jangan hairan anak didik generasi anda zaman tu rosak akhlak. Pasai Pa!!. Pasai niat pengajar tu sudah terpesong. Anda sanggup ke jadi bahan atau alat untuk orang lain dapat nama? tidak mungkin!. Ini tidak bermaksud aku tak sokong korang study penat-penat. Well, kalau anda dapat straight a's. Anda orang yang paling beruntung. Nama dan sekolah tu tumpang glamm je.

Berbalik pada topik, err? ape topik?. Oh.. aku tak bgthu ye? mengenai result yang agak kurang memuaskan. Tak perlu tensen, tak perlu stress dan tak perlu depressed. Sesungguhnya Allah sudah aturkan jalan yang terbaik untuk hambaNya. Fakta mengatakan bahawa tidak semua jutawan didunia ini mendapat straight a's ketika peperiksaan taraf SPM (atau O-Level). Jadi, sesiapa sahaja dapat jadi jutawan. Jangan fikir orang-orang yang dpat straight a's tu cerdik. Kadang-kadang mentaliti diorang masih rendah. Tak percaya?. Tengok cerdik pandai kita di Uni. Berapa ramai rosak akhlak mereka. Tengok cerdik pandai yang dapat tawaran belajar di luar negara. Berapa ramai terpesong dari landasan yang benar. Balik-balik, orang kampung juga yang lebih cerdik.

Balik pada topik lagi (walaupun aku masih tak tahu ape yg aku nak cerita). Baru-baru ni aku ada pergi sekolah. Pegi teman member aku ambil result. Masa ambil result ramai2 dia tak hadir. Ke kolumpor katenye. Jadi agak terkejut gorila la member aku tu sebab dapat result yg boleh tahan... Lebih baik dari aku. Jadi ada la cikgu yang bertanya "hah!.. ni dpt berapa?" "4A cikgu" jawab member aku.. Amirul, awk dpt berapa? "err... *A je cikgu.." balas selamba aku.. cikgu tu pun dengan reaksi selambe dan lontarkan "hek elleh?.. *A je?... hah.. tu la.. mase SPM dlu.. tak mo belajar sungguh2... bla bla bla bla"....

Agak tidak relevan seorang cikgu melontarkan ayat sedimikian. Serius aku tak kisah. Cuma nampak sangat tidak bersyukur dengan pemberian Allah. Kalau ditakdirkan aku langsung xdpt A, lagi nazak. Hah! confirm tak keluar rumah aku. :p

Banyak aku perasan kat news feed facebook aku yang agak tertekan dengan keputusan. dan di page SPM 2010 kat facebook pun ramai yang kecewa. Lebih-lebih lagi baru-baru ni keputusan kemasukan matrik sesi 2011 sudah diumumkan. Agak ramai yang tak dapat dan lontarkan perasaan mereka kat page tersebut. *belum masuk yang merepek kat wall diorang lagi tu*.

Topik asal kite tadi ape ye?.. oh.. result tak cantik. haa.. maceh.. :p abaikan aje momokan guru-guru masa zaman sekolah tu. Momokan tu berguna pakai masa zaman tu je. Sekarang benda semua dah jadi. Korang mengamuk ke. terjun KB Mall ke. Lari sambil jerit nama Justin Bieber ke. Keputusan tetap tak akan berubah. Walaupun korang edit kat photoshop. Terima lah ketentuan Ilahi. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Lepas ni, sama ada anda nak sambung study ke tingkatan 6 ke. ke IPTS ke. IPTA ke. Pergi je. Ikut kata hati selepas berunding dengan Iman dan Akal serta Nafsu. Abaikan si fulan yang kate "ko nak pakai baju sekolah lagi? sanggup? ikut jadual waktu? homework? form 6 susah beb".. sebab yang nak study, anda.. bukan orang lain. Kalau betul form 6 amat siksa dan kejam. Kementerian Pendidikan Malaysia sudah lama tukar silibus dan pape yang patut ditukar. Tapi!, tidak dapat dinafikan. STPM merupakan peperiksaan paling sukar di asia. Jadi, dengan pengalaman SPM anda yang lepas. Kalau korang betul-betul manfaatkan pengalaman belajar masa SPM dulu. 3A,4A tu mmg kacang la.. 5A tu kne usaha sikit je.. Tak percaya? cube try apply tengok. :)

Entri ni agak kosong bagi jiwa yang tidak mahu usaha, pandang pada kejayaan yang mempunyai jalan pintas, nak semua bagus, degil dan lain-lain yang sama maksud dengannya. Jika ada kecacatan, cela atau kekurangan pada entri ni. Harap mohon maaf dan sorry. Bak kata Amir, "Im Sorry~"

Wallahuallam.

Tuesday, April 19, 2011

darah, bangkai dan mayat

assalamualaikum dan waalaikumsalam... hik3... selamat sejahtera~

semalam aku ada explore wall album member aku untuk update kat page wacava.net. Biasa la usha-usha gambar menarik untuk tatapan fans page tu. Tapi aku teramatlah sakit hati time explore tu wajib keluar gambar yang aku xmo nengok!!.. DEMM!!

ada yang keluar gambar manusia kene lenyek ngan lori la ... kne tembak la.. kne semelih.. bunuh pastu rogol.. erghhh.... memang mengerikan (sore tok dalang).. law gambar hantu boleh tahan lagi sebab kebanyakkan gambar hantu nih supersweet.. kih3...

aku bukan jenis yang takut darah or bangkai2 semua tu... mata aku ni aneh sket.. kalau time mengantuk, memang tak dapat terima tengok gambar-gambar camneh.. layan lagu pun tak sesuai .... jadi kalau ada yang offer aku utk layan lagu time aku ngantuk, memang nak kne smackdown la....

bukan itu sebenarnya aku nak bgthu... mengenai gambar semua nih.. tak salah kalau nak upload kat facebook or kat mana-mana sekali pun.... kalau tak tahan sangat nak upload sangat tu, tolong la mosaic atau blurr kan wajah mangsa. idok mahu la mengaibkan mangsa macam tu. kebanyakkan gambar ngeri ni mmg sinonim ngan eksiden... jadi, kita ni sebagai seorang Islam.... tak patut tayang gambar2 camneh.. bukan ape, kita pun tahu yang Allah akan menjatuhkan hukuman/bala kepada hambaNya yang melakukan perkara mungkar berdasarkan kebaikan yang diorang buat. Contoh, kalau diorang mmg totally lupa ngan Allah, maka musibah yang berlaku pada mangsa akan teruk. Jadi bila tengok gambar mangsa dengan keadaan yang teruk camni.... pale otak terus terfikir

"ni mase ngah hidup confirm tak ingat tuhan.."
"ni kaki zina ni"
"aishh... teruk sgt buat maksiat. hamekk la kau"
"tengok tu mate kene tikam, mesti selalu skodeng"

kesian kat arwah... tak pasal-pasal kne tuduh dek manusia yang tengah hidup... pasti family diorang pulak dpt malu.. mindset orang lain kte xleh fikir an?.. lgpun pe yg aku cite ni pengalaman aku sendiri.. pengalaman bersama orang-orang lain yang berpandangan kiri kepada mangsa....

dulu kan ade gempar sal beberapa mahasiswa meninggal sebab eksiden.. jadi aku and the geng tengok la pic tu ramaie2 ... pastu mula lah ade yg mengeluarkan suara kate

"hah! tu la. pergi lagi diskotik tuh... dah thu tempat haram bla bla bla"

emm.. boleh meh?... orait jom renung-renungkan quote ni :

Menyebarkan BERITA AIB saudaranya yang BENAR adalah GHIBAH = MEMAKAN BANGKAI saudaranya. Menyebarkan BERITA AIB saudaranya yang TIDAK BENAR adalah FITNAH = lebih KEJAM dari PEMBUNUHAN. Keduanya adalah BURUK dihadapan Allah. Maka BENAR atau TIDAK BERITA AIB saudara kita. Lebih baik DITUTUP agar Allah menutup AIB-AIB kita.

p.s : alang-alang dah 'terbaca' entri ni, tinggalkanlah komen dan pendapat anda... dan kalau tak puas hati, sila beri komen yang membina.... hohoiiii!!

Sunday, April 17, 2011

Entri Sampah

Assalamualaikum dan Waalaikumsalam. eh? Dan Selamat Sejahtera ^^

Entri ni memang sampah. Jangan baca. Kalau tidak korang akan membazirkan beberapa minit kehidupan anda untuk membaca entri sampah ini. Kemudian merungut kat aku mintak bagi balik masa yang korang habiskan untuk membaca entri ni. Lepas ni jangan cakap yang aku tak nasihat korang untuk jangan baca entri ni.


Pertama sekali, aku blogger baru. Jadi tolong layan aku macam baby baru lahir. Means, jika ada sebarang kesilapan aku dalam dunia blogging, sila tegur dan beri komen yang membina agar aku dapat baiki kesilapan aku dengan tenang dan selamba kodok. Sebenarnya aku tidak berminat langsung untuk berblogging especially bab nak cerita kehidupan peribadi aku yang hampir sama dengan president united state barrack obama ni. Tapi oleh kerana dek terlalu minat aku untuk berblogging dan bercerita mengenai kehidupan peribadi aku yang hampir sama dengan aaa.... Leonardo Dicaprio ni lah yang buat aku bersemangat teguh dan membara untuk berblogging. (ngong tol aku nih. kjap ckp minat kejap cakap tak minat).

Kedua sekali, Jika korang jumpa ayat atau perkataan yang agak nerd atau istilah rasmi dalam kamuih dewan dan pustakaq ialah bahasa batu baku. Aku pun tak tahu apa itu bahasa baku tapi aku rasa bunyi cam batu kot. hak!. Mungkin aku menulis atau mengeja setiap perkataan yang aku tulis dalam ejaan yang penuh atau dengan kata lain mungkin tiada shortform (law ad mgkn pktn yg aq ltk lm krgn) hamekk.. ringkas terus.. hahaa.. kalau korang rasa meluat atau pape perasaan yang negative, korang boleh komen kat entri yang korang tak puas hati tu dengan perkataan yang teramat comel contoh

"Hey! blog awak sungguh awesome. jom kahwen dengan saya. Nak?"

ok serius, kalau sape ajak aku kawen (perempuan ok? aku normal lagi) sediakan mas (bukan Mas Ahmad Safwan ok?) kahwin rm10k and above... kenapa 10k and above? aku ada kelebihan tersendiri ok?. aku boleh makan nasi goreng kampung dan nasi goreng ikan masin tiap-tiap hari. jadi sape-sape yang tak reti masak masakan yang awesome, boleh la mintak borang ngan mak aku. orait?.

Ketiga sekali, aku dah ketandusan idea nak tulis apa pada entri sampah ni. aku dah bagithu jangan baca entri ni tapi korang baca jugak ape the kes..

Last berkali-kali, aku tak reti nak taip entri panjang-panjang, jadi kalau korang jenis minat hafal novel pastu nak komlain yang entri aku ni pendek semacam ni, boleh follow aku. hahhaha!.. papetah..

Last Kedua berkali kali, jangan lupa follow dan like. ^^

p.s : aku da habak mai dah.. jangan baca hang pa pi baca jugak... haishh..

Sunday, April 10, 2011

Twitter VS Facebook

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru-baru ni aku perasan kat news feed facebook aku tentang beberapa orang sudah berimigrasi dari facebook ke twitter. Ada juga blogger yang bertindak melakukan perkara sedemikian. Kononnya twitter lebih awesome dan kewll dari facebook. Sebelum tu, tengok dulu pic ni.


Nampak?. Sebelum korang bertindak pindah ke Twitter, korang tahu tak ape fungsi sebenar bagi twitter?. Twitter bukan sosial network seperti facebook dimana korang boleh nikmati semua features kat fb di twitter. Tidak sama sekali!. Twitter ini merupakan micro-blogging. Micro-blogging. Micro... bukan Blogging dan bukan social networking. Twitter ini merupakan alat sampingan kepada facebookers, bloggers, public figure, artist, selebriti, ustaz ustazah, dan lain-lain untuk berinteraksi bersama followers diorang.

Bagi bloggers, twitter merupakan salah satu alat terpenting bagi mereka untuk menyebarkan setiap entri perkongsian mereka. Apatah lagi artis atau selebriti kita. Jalan pakai kasut tumit tinggi pun tweet, ultraman berenang kat ombak tsunami pun tweet, dan lain-lain lagi.

Twitter ni ibarat sambal dalam hidangan nasi lemak. Dimana korang akan nampak buang tebiat kalau makan sambal sahaja tanpa makan nasik. Tapi agak normal law makan nasik saja walaupun ade yang beranggapan pelik (ape punye perumpamaan la aku ni).

Jadi tak relevan lah post entri baru  semata-mata nak umum anda sudah bertukar ke twitter atau post kat wall facebook korang umum kat public yang korang "owhhh.. aku da pindah ke twitter.. bye bye facebook~~" .. wacava!!... "sungguh tak comel" - anwarhadi. Oh btw, kalau rasa gambar diatas tak logik, mmg tak logik. aku main hentam je. Sekadar gambar hiasan. Tapi aku rasa ade betul juga pada perbezaan tersebut. Korang tak boleh layan kat twitter. korang terpaksa install client twitter... sedangkan, facebook, AIO (all-in-one)..

Wallahuallam~ ^^,

Oyeayy!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, niat aku untuk membina blog kat blogspot berjaya juga (poyo gila ayat, padahal sebelum ke wordpress pakai blogspot juga). Actually aku ada juga blog pakai wordpress (http://www.wacava.net) tapi sengaja nak buat blog kat blogspot ni untuk penulisan yang berunsur sampah a.k.a picisan. Haaa.. Itu teori Mas Ahmad Safwan, kalau tak puas hati, pegi serang dia. Wakakakkaakak!!

Secara rasminya blog aku ni yang bertapak di blogspot sudah ditiupkan roh. Insya Allah akan berkekalan. Fuuuhhhhh... haaa!! hiduplah kamu!! weee weee.. Entri pertama ni memang tiada apa-apa kandungan yang berilmiah jadi korang just abaikan perkataan-perkataan yang merapu ni dan boleh buat kerja masing2. Apa tunggu lagi? follow lah!.. wahahhaa.. Selamat berblogging~ :)