Pages

Pocoyos

Pocoyis

Saturday, April 30, 2011

Jangan caci, bersyukur je :)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

(Amaran : Jika anda ingin mencari input dalam entri serba kekurangan ini. Sila letak ketepi perasaan megah, riak dan takbur anda terhadap result SPM anda yang anda rasa sudah hebat)


Well, agak lewat sikit aku buat entri berkaitan dengan result SPM. Orang lain dah lame dah tulis entri diorang sal result. ye la, diorang punye result gempak2. paling tidak straight a's.

Aku bukan nak terangkan pasal result aku yang tak berapa ok sangat. Tapi Alhamdulillah, sekadar cukup makan untuk teruskan hidup kot?. :)

Sebelum aku melalut panjang, aku ingin nak bagitahu anda tentang satu perkara ni. Lebih-lebih lagi kepada bekas calon spm 2010 baru-baru ni. Ianya berkaitan dengan. Kehidupan. (senyum)

Masa zaman sekolah menengah dulu. Cikgu selalu push kita untuk berusaha, demi SPM. Kata-kata yang selalu bermain pada gegendang telinga iaitu "SPM kunci kejayaan.". Bagi aku, ianya momokan semata-mata. Aku bukan nak kutuk mana-mana pihak atau merendah mana-mana pihak. Kadang-kadang, ada sesetengah sekolah (mungkin majority) memaksa anak didik mereka supaya bersungguh-sungguh demi nama baik sekolah dan guru-guru sahaja. Tak percaya? cuba tengok ibu bapa dan segelintir pelajar sekarang. Selalu ibu bapa diorang cakap "ambil course yang senang dpt kerja. contoh cikgu. habis study terus jd cikgu. gaji pun superb". Jika anda jadi cikgu atau belajar pendidikan semata-mata untuk duit dan pekerjaan. Jangan hairan anak didik generasi anda zaman tu rosak akhlak. Pasai Pa!!. Pasai niat pengajar tu sudah terpesong. Anda sanggup ke jadi bahan atau alat untuk orang lain dapat nama? tidak mungkin!. Ini tidak bermaksud aku tak sokong korang study penat-penat. Well, kalau anda dapat straight a's. Anda orang yang paling beruntung. Nama dan sekolah tu tumpang glamm je.

Berbalik pada topik, err? ape topik?. Oh.. aku tak bgthu ye? mengenai result yang agak kurang memuaskan. Tak perlu tensen, tak perlu stress dan tak perlu depressed. Sesungguhnya Allah sudah aturkan jalan yang terbaik untuk hambaNya. Fakta mengatakan bahawa tidak semua jutawan didunia ini mendapat straight a's ketika peperiksaan taraf SPM (atau O-Level). Jadi, sesiapa sahaja dapat jadi jutawan. Jangan fikir orang-orang yang dpat straight a's tu cerdik. Kadang-kadang mentaliti diorang masih rendah. Tak percaya?. Tengok cerdik pandai kita di Uni. Berapa ramai rosak akhlak mereka. Tengok cerdik pandai yang dapat tawaran belajar di luar negara. Berapa ramai terpesong dari landasan yang benar. Balik-balik, orang kampung juga yang lebih cerdik.

Balik pada topik lagi (walaupun aku masih tak tahu ape yg aku nak cerita). Baru-baru ni aku ada pergi sekolah. Pegi teman member aku ambil result. Masa ambil result ramai2 dia tak hadir. Ke kolumpor katenye. Jadi agak terkejut gorila la member aku tu sebab dapat result yg boleh tahan... Lebih baik dari aku. Jadi ada la cikgu yang bertanya "hah!.. ni dpt berapa?" "4A cikgu" jawab member aku.. Amirul, awk dpt berapa? "err... *A je cikgu.." balas selamba aku.. cikgu tu pun dengan reaksi selambe dan lontarkan "hek elleh?.. *A je?... hah.. tu la.. mase SPM dlu.. tak mo belajar sungguh2... bla bla bla bla"....

Agak tidak relevan seorang cikgu melontarkan ayat sedimikian. Serius aku tak kisah. Cuma nampak sangat tidak bersyukur dengan pemberian Allah. Kalau ditakdirkan aku langsung xdpt A, lagi nazak. Hah! confirm tak keluar rumah aku. :p

Banyak aku perasan kat news feed facebook aku yang agak tertekan dengan keputusan. dan di page SPM 2010 kat facebook pun ramai yang kecewa. Lebih-lebih lagi baru-baru ni keputusan kemasukan matrik sesi 2011 sudah diumumkan. Agak ramai yang tak dapat dan lontarkan perasaan mereka kat page tersebut. *belum masuk yang merepek kat wall diorang lagi tu*.

Topik asal kite tadi ape ye?.. oh.. result tak cantik. haa.. maceh.. :p abaikan aje momokan guru-guru masa zaman sekolah tu. Momokan tu berguna pakai masa zaman tu je. Sekarang benda semua dah jadi. Korang mengamuk ke. terjun KB Mall ke. Lari sambil jerit nama Justin Bieber ke. Keputusan tetap tak akan berubah. Walaupun korang edit kat photoshop. Terima lah ketentuan Ilahi. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Lepas ni, sama ada anda nak sambung study ke tingkatan 6 ke. ke IPTS ke. IPTA ke. Pergi je. Ikut kata hati selepas berunding dengan Iman dan Akal serta Nafsu. Abaikan si fulan yang kate "ko nak pakai baju sekolah lagi? sanggup? ikut jadual waktu? homework? form 6 susah beb".. sebab yang nak study, anda.. bukan orang lain. Kalau betul form 6 amat siksa dan kejam. Kementerian Pendidikan Malaysia sudah lama tukar silibus dan pape yang patut ditukar. Tapi!, tidak dapat dinafikan. STPM merupakan peperiksaan paling sukar di asia. Jadi, dengan pengalaman SPM anda yang lepas. Kalau korang betul-betul manfaatkan pengalaman belajar masa SPM dulu. 3A,4A tu mmg kacang la.. 5A tu kne usaha sikit je.. Tak percaya? cube try apply tengok. :)

Entri ni agak kosong bagi jiwa yang tidak mahu usaha, pandang pada kejayaan yang mempunyai jalan pintas, nak semua bagus, degil dan lain-lain yang sama maksud dengannya. Jika ada kecacatan, cela atau kekurangan pada entri ni. Harap mohon maaf dan sorry. Bak kata Amir, "Im Sorry~"

Wallahuallam.

3 comments:

  1. yes....spm bukan penentu...dan kejayaan jugak bukan hanya mili straight A student n student yang dapat sambung belajar di ipta....kejayaan milik orang yang ada keinginan + tindakan....

    ch senang, korang le je amik kursus pastry, jual kek online kat umah, kalu rajin, insyaAllah berjaya + kaya jugak...

    so pilihan di tangan sendiri...anda yang menetukannya...bukan result SPM...=D

    ReplyDelete
  2. betul tu nini (celop celop).. hahahaa... tengok orang kampung. Lagi berjaya. mereka-mereka langsung tidak tensen memikirkan hutang. Daripada student yang belajar di IPT. PTPTN la.. itu la ini la.. last-last ngap kite balik..

    SPM, bukan titik kejayaan. Tetapi langkah untuk berjaya.

    ReplyDelete
  3. betul 2.. mmg form 6 x payah pk psal PTPTN sume uh.. tp lepas je msuk IPTA or IPTS (Degree).. harap maklum sume kene apply PTPTN.. Unless klau dpt biasiswa.. Skg nie biasiswa sgt ssh nak dpt.. Klau ade pun pinjaman boleh ubah (MARA) yg based on pointer.. just nk share je.. no offend k.. :-)

    ReplyDelete